Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Thursday, June 16, 2005

Al-Hakam.....Allah Yang Maha Menghukum

Assalamulaikum....

Bagi Allah al-hakam bererti yang menetapkan hukum-hukum dan hukuman bagi sekelian makhluk ciptaannya. Hukum-hukum Allah tidak boleh dirobah atau dipinda oleh sesiapapun...
Ertinya dialah yang menghukum dan menyediakan apa yang perlu dan patut bagi para makhluknya seisi langit dan bumi.....

Allah lah yang menjatuhkan hukuman dan tidak ada sesiapa yang dapat atau sanggup menolak dan meghalangi ketentuan yang telah dibuatnya.....Dialah yang menjatuhkan hukum kepada sesiapa jua yang melakukan amal yang baik mauhupun amal yang jahat dengan sewajarnya dan adil lagi sempurna hukumannya.....Kita manusia tidak sama sekali boleh menghalang atau membantah berjalannya hukum-hukum allah di alam ini.....

Alhamdulillah.....Lama sudah atuk tak update weblog ni......sibuk atuk dengan kerja-kerja harian... dan itu yang sebenarnya hukum allah.....perjalanan ketentuan Allah dalam perjalanan hidup kita didunia ini.....semoga segala yang kita lakukan disetiap hari dan detik bakal mendapat hukuman atau balasan pahala dari Allah....Insyallah....

Alhamdulillah juga kerana ruangan perkongsian ilmu Nurhidayah kembali aktif setelah....website nurhidayah yang lama tidak lagi boleh dimasuki....terima kasih pada Angah dan Muja dalam usaha mereka menghidupkan kembali....chatroom itu. Bersyukur kita pada allah kerana setiap hari bertambah ramai sahabat sahabat yang kita kenali disana.....jojo, aper2, telekung adalah antara mereka yang aktif berkongsi ilmu allah pada semua...atuk ucapkan terimakasih semoga allah membalasnya dengan pahala....

Atuk rasa kita semakin matang dalam berbincang tentang ilmu allah....kita tak berdebat tentang perkara yang kita tak tahu.....kita sering buat rujukan....kita sering bertanya demi menambah ilmu yang kita kekurangan.....ilmu allah ini walaupun tajuk yang sama dibincangkan berulang ulang kali ianya tak akan menjemukan...malah ia menambahkan keyakinan kita dan memperkemaskan pengetahuan kita terhadap islam dan ibadatnya....Insyallah.

Atuk akan sambung tentan checklist takwa kita bila atuk menulis lagi masa hadapan...doakan atuk diberikan rezeki kelapangan masa oleh allah.....atuk berhenti disini dulu.....insyallah dilain kelapangan akan atuk teruskan coretan atuk ini......

Assalamulaikum......

Friday, May 13, 2005

Al-Basiir......Allah Maha Melihat.

Assalamulaikum…..

Al-Basiir bermakna Allah yang maha melihat segala-galanya samada yang besar atau yang halus, yang dekat maupun yang jauh…..Allah maha melihat segala peristiwa yang berlaku di alam ini dan melihat segala kejadian yang berlaku di muka bumi ini dan cakerawala-cakerawala lain seluruhnya……

Tidak ada satu apapun yang akan terlepas dari penglihatan Allah….Penglihatan Allah Maha sempurna dalam memerhatikan perlakuan-perlakuan para hambanya…Setiap kejadian di alam ini samada kecil atau besar semuanya akan dilihat oleh Allah…

Kita manusia dan hamba Allah yang lemah ini hanya dapat melihat apa yang kita tengok dengan mata kasar sahaja…..tapi Allah tanpa sebarang bantuan dapat melihat segalanya tak kira yang nyata atau yang ghaib….Atuk rasa kita sering cuba meyembunyikan perlakuan kita yang tidak baik atau maksiat agar tidak di lihat oleh manusia lain kerana kita malu atau takut kita akan dimarahi atau dihukum atau dihina…..tanpa kita sedar (walaupun kita tahu dan yakin) kita lupa yang Allah melihat segala gerak geri dan perlakuan kita….tak malu kah kita?? Tak takut ker kita?? Betapa malu dan hina kita bila ada orang melihat kecurangan kita……tapi kita tak nampak yang Allah nampak segalanya…dan segala perbuatan ini bakal di tunjukkan kembali dihadapan Allah dihari akhirat nanti…..MALU…TAKUT….NERAKA….

Alhamdulillah…bersyukur atuk pada yang maha esa kerana masih memberikan peluang kat atuk meluahkan rasa dan pendapat atuk disini….semoga apa yang atuk buat ini dilihat oleh Allah (memang Allah Lihat) dan diberikannya sedikit dari rahmatnya….Insyallah.

Semalam satu hari yang amat atuk hargai …. Semalam atuk dan sahabat semua di nurhidayah dapat mempelajari bahasa syurga….bahasa al-quran….atuk rasa amat gembira dan seronok…hingga pagi ini atuk bercakap bahasa arab yang dipelajari semalam dengan anak-anak atuk….”Ma za anti a’kul haza al-youm” itu yang atuk ucapkan..hehehehe…konpius anak-anak atuk…..lepas tu atuk kata “abi a’kul arruz” (hentam jer tu) hehehe….Terima kasih tak terhingga atuk kepada JUN & SWEET kerana sudi mengajar atuk yang buta huruf (arab) ni dan dah tua dan dah berkarat ini…..Atuk akan buka room “Belajar Bahasa Arab” bila cikgu-cikgu kita ada kat dalam nurhidayah….sapa sapa yang sudi dan nak belajar silakan.....

Atuk bangga kerana ramai dari sahabat-sahabat yang fasih berbahasa arab… alhamdulillah…yang dah terrer tu boleh ler join….boleh gak mempraktikkan bahasa arab anda….nanti lama tak guna berkarat lak….tapi atuk harap jangan yang advance sangat….start with the basic…simple words….one or two sentences a day…..itupun dah cukup….tahu sikit lebih baik dari tak tahu langsung….insyallah bak kata pepatah sedikit sedikit lama lama jadi bukit….Alhamdulillah.

Mari kita Belajar Bahasa Arab….Bahasa Syurga……Bahasa al-Quran……Bahasa yang dituturkan oleh rasulullah..kekasih kita…..Insyallah.

Okay atuk STOP disini dulu….insyallah atuk menulis lagi dilain masa….

Assalamulaikum….

Thursday, May 12, 2005

As-Samiik.....Allah Yang Maha Mendengar

Assalamulaikum....

Bagi Allah as-samiik bermakna dia yang dapat mendengar segala bunyi dan suara....suara yang keras atau halus....Jauh atau dekat....dari mulut atau suara hati atau bisikan kalbu...Allah maha mendengar segala suara dilangit dan bumi ini...

Iman Al-Ghazali pernah berkata " Allah maha mendengar dan mendengar. Tiada suatupun yang luput dari pendengarannya, walau bagaimana pelahan atau halus dan tiada sesuatu yang telepas dari pandangannya walau bagaimana kecil dan seni sesuaru objek. Pendengaranya tidak dilindungi oleh jarak yang jauh dan penglihatannya tidak dilindungi tabir yang gelap"

Bertapa agung nya ALLAH....dia mengetahui segalanya...apa yang kita bisikan dalam hati tidak ada makhluk yang tahu....cuma kita dan Allah....maka ingatlah Allah sentiasa bersama kita mendengar apa yang kita ucapkan dan fikirkan.....Maka atuk harap kita berhati hati dalam ucapan dan bisikan hati kita agar apa yang didengar oleh Allah itu yang baik-baik dan bukannya yang maksiat....Insyallah kita sama-sama berusaha.

Alhamdulillah....masih ada nikmat hidup yang allah kurniakan pada atuk dan kita semua....dengan masih hidup maka kita juga dapat menikmati nikmat-nikmat lain yang dikurniakanya seperti nikmat iman dan takwa...

Lately community Nurhidayah amat popular.....alhamdulillah atuk tengok ramai sekali yang join kita....dalam minggu ni aja lebih dari 10 orang newcomers.....Nooraini, Aredam, halemfd, syahid, natasya, Nilam, azriza, usin.....(ramai lagi..) dan semua yan masuk ni banyak berkongsi Ilmu dengan kita semua..alhamdulillah. Semalam gak atuk sedih kerana ramai sahabat sahabat atuk sedih....atuk harap kesedihan dihati kita dapat diatasi segera....kita semua hamba allah yang lemah dan tidak dapat lari dari berbuat silap dan salah.....kita mungkin tak dapat nak apa yang kita nak kerana itu kehendak Allah....Allah yang merancangkan segalanya....hidup kita macam jig-saw puzzle.....kita ada tempat kita yang tertentu yang telah ditetapkan....kita tak boleh berada ditempat lain tanpa melibatkan kepingan yang lain....kalau kita nak juga berada di tempat lain...kita tak boleh fit-in atau the picture becomes distorted.....dan kepingan yang sepatutnya berada di ruangan itu juga akan tidak sempurna.....fikirkan.

Sabar dan bertawakal pada Allah adalah yang terbaik untuk kita semua....Ingatlah Allah amat megasihi orang yang bersabar dan dapat menerima ketentuanya...minta maaf dan memaafkan adalah yang terbaik....

Banyak sekali yang dibincangkan semalam....tapi atuk tak sempat nak berbincang secara serius kerana banyak urusan....tapi walau apapun tujuan kita kena betul...kita disini nak kongsi ilmu...dan jangan kita ganggu orang yang nak berkongsi ilmu kerana ianya dimurkai Allah.

Okay atuk stop dulu....jumpa lagi insyallah....

Assalamulaikum...

Tuesday, May 10, 2005

Al-Mudzill.....Allah Maha Merendahkan

Assalamulaikum...

Bagi Allah Al-Mudzill bermakna dia yang meyebabkan seseorang itu menjadi lemah, hina atau kalah. Dia lah yang maha keras penghinaannya kepada sesiapa yang dikehendakinya dan dia yang berkuasa atas merendahkan martabat sesuatu makhluknya.

Allah yang maha merendahkan dan meletakan seseorang dalam kedaan yang hina serta menurunkan darjatnya. Dia lah yang berkuasa menarik kembali segala pemberiaannya jika seseorang hamba itu menderhakainya.....Berbagai cara Allah boleh berbuat untuk merendahkan taraf seseorang dimukabumi ini....Kefakiran, penyakit, bala, dan lain-lain.

Alhamdulillah atuk dapat menulis lagi hari ini....Dari sifat allah diatas maka kita haruslah bersyukur dengan apa yang allah kurniakan pada kita hari ini....banyak sekali nikmat yang telah dianugerahkannya pada kita.....sebagai ganti kita sebagaiu hamba Allah, maka haruslah kita beribadat kepadanya, mengerjakan apa suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.... Jangan kita menderhakai perintahnya, kerana atas kehendaknya segala kurniaannya boleh diambil balik dan Allah yang maha berkuasa untuk merendahkan martabat dan taraf kita....Marilah kita sama-sama berusaha dalam mencapai ketakwaan yang abadi.....

Semalam atuk sempat masuk dalam nurhidayah.....ramai sekali orang.....regular dan newcomer...beberapa newcomer yang atuk ingat....Halemfd, Syahidlovers, usin dan lain-lain. Hangat perbincangan dalam nurhidayah.....antara perbincangan yang hangat ialah issue poligami, hak isteri dan suami, EGO, UFO.....Shima telah meberikan hujahnya dengan panjang lebar dalam mempertahankan hak kaum hawa dan Halemfd bagi kaum Adam.....semua ada fakta masing-masing......Semoga kita semua dapat sedikit Ilmu dari perbincangan itu....Atuk Nasihatkan agar kita kembali pada Allah dan rasulnya sekiranya terdapat perselisihan dalam pendapat....jangan emotional....jangan takut nak akui kesilapan kalau kita silap....yang betul pulak ...alhamdulillah dan jangan ego....semuanya datang dari Allah...

Syahid ada tanya atuk tentang EGO....macamana nak bercakap dengan orang yang ego...adakah kita juga kena ego.....Jawab atuk....tengok pada situasi....Sedikit sangat orang yang memiliki sifat ego, yang dia menyedari bahawa dirinya memiliki sifat keji tersebut.....kerana tidak menyedari adanya ego itulah maka tercetus berbagai perselisihan dan sengketa di dalam masyarakat.... Atuk rasa ianya berpunca kerana masing-masing bersifat ego dan bertembung dengan orang lain yang juga memiliki sifat yang sama..... Dalam Keadaan mereka sama-sama pula tidak menyedari memiliki sifat ego.

Untuk mengetahui samada memiliki sifat ego atau tidak maka perlulah disuluh dengan ilmunya. Ilmu yang menjelaskan tentang ciri-ciri ego tersebut. Namun begitu bukanlah mudah untuk membuang sifat ego itu biarpun sudah mengetahui ciri-cirinya.... Kerana ego adalah sifat keji pada batin..... Ego adalah salah satu penyakit yang bersarang di hati. Sebarang penyakit bukan mudah hendak dikikis atau dipadamkan.

Penyakit hati (ego) tidak seperti penyakit lahiriah yang mudah diubat.... Doktor malah doktor pakar memang bersedia merawat penyakit lahiriah..... Penyakit batin atau penyakit hati hanya boleh dirawat oleh mursyid yang benar-benar arif. ... Kerana sifat ego adalah penyakit batin. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu.

Berdasarkan sikap dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-

  • Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.
  • Menolak kebenaran. Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Terdapat pula yang mengakui Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad, namun mereka menolak kebenaran ajaran Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka yang seumpama ini boleh jatuh kepada murtad atau kufur. Penolakan atas dasar lemah iman dan tidak boleh melawan tuntutan nafsu, syaitan dan kepentingan dunia maka kedudukan mereka sebagai zalim. Andainya berpunca dari kejahilan, namun tidak terlepas juga sebagai mereka yang ego tinggi yang dihukumkan sebagai fasik. Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas.
  • Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain.
  • Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.
  • Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.
  • Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya.
  • Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.
  • Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.
  • Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra. Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja.
  • Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.
  • Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.
  • Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.
  • Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.
  • Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.
  • Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.
  • Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah.

Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat...... Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan ‘kenikmatan’ ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT.

Atuk harap dengan sedikit panduan diatas kita dapat menjaga hati kita dari diserang penyakit ego ini....dalam pengurusan kita sering gunakan ayat ini sebagai panduan kita agar kita dapat menjaga ego kita "Check Your Ego At The Door" ....Ianya bererti kita harus melihat diri kita selalu agar tidak ego dalam menjalankan pengurusan kita seharian.....Ego lebih banyak membuat sesuatu perniagaan atau urusan gagal....kerana ego kita dipandang serong oleh masyarakat.....

Ahalmdulillah....Atuk harap apa yang atuk tulis diatas dapat membantu kita semua....atuk berhenti disini dulu...insyallah dilain kelapangan atuk akan menulis lagi.....

Assalamulaikum.....

Wednesday, May 04, 2005

Al-Mu'izz.....Maha Pemberi Kemuliaan / Kemenangan

Assalamulaikum....

Bagi Allah, Al-Mu'izz bererti dialah yang menyebabkan seseorang menjadi kuat, mulia atau menang.... Dialah yang membuatkan seseorang itu mulia, memberi kehormatan dan memuliakan seseorang....

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberikan atuk sedikit ruang masa untuk menulis pada hari ini.....Dah lama sangat atuk tak update weblog atuk ni.....terlalu busy dengan tugas harian.....atuk juga agak sukar nak masuk Nurhidayah....Insyaallah sekiranya atuk kurang sibuk nanti atuk akan masuk kat nurhidayah berbual dgn sahabat sahabat semua....

Semalam atuk ada kat KL ada meeting......atuk tak sempat nak call sapa-sapa sebab banyak benda yang atuk kena buat sebelum meeting.....malam tadi kat KLIA sambil menunggu flight atuk....atuk ada membaca buku mengenai penyakit-penyakit lidah.... mengikut Kitab ini terdapat 20 jenis penyakit Lidah.....

  1. Pembicaraan yang tidak berguna... Berbual kosong yang tak berfaedah seperti cerita pasal artis dan lain-lain
  2. Berlebihan dalam berbicara....Bercakap lebih dari yang perlu..mengada-ada kan fakta
  3. Melibatkan diri dalam pembicaraan yang batil...Bercerita tentang hal ehwal perempuan, tempat hiburan dan minuman keras, dan lain-lain.
  4. Pembantahan dan perdebatan.....Pembantahan dan perdebatan akan mengakibatkan permusuhan diantara umat
  5. Pentengkaran.....Ianya mungkin berpunca dari pembantahan dan pedebatan....
  6. Mengada-adakan fakta yang tidak tepat....dengan membuat perumpamaan dan kiasan seperti dalam bentuk sajak dan sebagainya
  7. Berkata Keji, maki dan cacian.....
  8. Melaknati seseorang.....
  9. Nyanyian dan Syair yang melalaikan.....
  10. Senda Gurau yang berlebihan....
  11. Ejekan dan cemuhan......
  12. meyebarkan Rahsia seseorang......
  13. Janji Palsu......
  14. Berdusta dalam perkataan dan Sumpah.....
  15. Mengumpat (Ghibah).....
  16. Menghasut (Namimah)......
  17. Mengadu Domba (Lidah Bercabang).....
  18. Sanjungan dan pujian yang berlebihan....
  19. Kurang Cermat dalam pembicaraan.....
  20. Melibatkan diri secara bodoh dalam beberapa pengetahuan dan pertanyaan yang meyulitkan....

Masa tak mengizinkan atuk untuk menerangkan satu persatu pada pertemuan kali ini.....Insyallah Atuk akan hurai satu persatu dilain kelapangan.....

Atuk berundur dulu kerana ada urusan yang lain yg harus diselesaikan...kita jumpa lagi dilain pertemuan...insyallah

Assalamulaikum....

Monday, April 11, 2005

Ar-Raafik........Allah Maha Tinggi

Assalamulaikum...

Bagi Allah Ar-raafik bererti dialah yang berhak meninggikan darjat seseorang yang ia kehendaki... Daialah yang mengangkatkan darjat sesiapa jua yang dikehendakinya... Tiada siapa jua yang boleh menghalangnya dalam proses meninggikan darjat sesiapa saja yang dikehendakinya.....

Dalam kata lain hanya Allah yang berhak memberikan nikmat kepada sesiapa yang beliau kehendaki....iaitu orang yang dikasihinya dan hambanya yang taat serta berdoa kepadanya.... Allah maha besar dalam melaksanakan segala kejadian dan perbuatan di alam ini.....

Alhamdulillah.....Allah masih memberikan rahmatnya kepada kita semua.....Atuk bersyukur pada Allah dengan nikmat umur yang masih diberikan......masih ada masa untuk atuk beramal dan bertaubat pada Allah....alhamdulillah.

Entah kenapa....(orang putih kata "something wrong") sangat susah sekali nak masuk nurhidayah sekarang.....dugaan.....mungkin server dah penuh kut!!!!! Insyallah kalau ada sesiapa yang arif dalam hal ini dan dapat memperbaikinya....atuk rasa amat besar khidmatnya kepada semua sahabat dikomuniti Nurhidayah.....Kadang-kadang rindu gak atuk nak masuk....

Hari ni sebagai checklist takwa kita yang ker 18 atuk akan letakan tentang puasa....kita hayati khutbah dari rasulullah berkaitan dengan puasa.....insyallah kita akan mendapat berkat...

Checklist Takwa # 18

KHUTBAH RASULULLAH SAW

Dalam Menyambut Bulan Ramadhan Yang Penuh Berkat

Wahai manusia!

Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah
dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah.
Bulan yang paling mulia di sisi Allah.
Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.
Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.
Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi
tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.
Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,
tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.
Bermohonlah kepada Allah Rabb-mu
dengan niat yang tulus dan hati yang suci
agar Allah membimbingmu untuk
melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah
di bulan yang agung ini.

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu,
kelaparan dan kehausan di hari kiamat.
Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda,
sambungkanlah tali persaudaraanmu,
jaga lidahmu, tahan pandanganmu
dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu
dari apa yang tidak halal kamu
mendengarnya.

Kasihilah anak yatim
niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.
Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa
pada waktu-waktu shalatmu
karena itulah saat-saat yang paling utama
ketika Allah 'Azza wa Jallaa memandang
hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih.
Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya,
menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya
dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia !

Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu
maka bebaskanlah dengan istighfar.
Punggung-punggungmu berat
karena beban (dosa)mu maka ringankanlah
dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah
Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya
bahwa Dia tidak akan mengazab
orang-orang yang shalat dan sujud,
dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka
pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al 'alamin.

Wahai manusia !

Barangsiapa diantaramu memberi buka
kepada orang-orang mu`minin yang berpuasa di bulan ini
maka di sisi Allah nilainya sama dengan
membebaskan seorang budak
dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
(Sahabat-sahabat bertanya, "Ya, Rasulullah! Tidaklah kami
semua mampu berbuat demikian".

Rasulullah meneruskan:

Jagalah dirimu dari api neraka
walaupun hanya dengan sebiji kurma.
Jagalah dirimu dari api neraka
walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini
ia akan berhasil melewati shirath
pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang
yang dimiliki tangan kanannya
(pegawai atau pembantu) di bulan ini,
Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat.
Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini,
Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan- Nya.
Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini,
Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini,
Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini,
Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
Barangsiapa melakukan shalat fardlu
baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardlu di bulan yang lain.
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini,
Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.
Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat al Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam al Quran pada bulan- bulan yang lain.

Wahai manusia !

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu.

Pintu-pintu neraka tertutup maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah d dibukakan bagimu.

Setan-setan terbelenggu maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin karamallahu wajha berkata,

"Aku berdiri dan berkata, ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini ?"
Jawab Nabi' "Ya Abal Hasan ! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah..

Alhamdulillaahi rabbal 'aalamiin.

Wednesday, April 06, 2005

Al-Khaafidh.......Allah Yang Maha Penghina

Assalamulaikum.....

Hanya Allah yang layak menurunkan darjat seseorang hamba sekiranya dia kehendaki...Dialah yang menghilangkan sesuatu....Allah yang maha penghina kepada hamba nya yang lalai dan sombong.....Sekiranya Allah menghina makhluknya maka turunlah darjatnya..dan jauhlah dari rahmatnya.....

Atuk Rasa.....Kita memang selalu dihina oleh Allah kerana kelalaian dan keangkuhan kita.....kita sombong dengan Allah bila kita sering lalai dalam melaksanakan sembahyang dan lain lain ibadat...kita buat kerana terpaksa.....selalu nak cepat.....banyak kerja....Buat atas sebab diwajib kan dan bukan kerana nak bersyukur atau bermunajat dengan Allah....

Bila Allah Hina kita...maka hidup kita tak akan selamat didunia dan diakhirat.....didunia penuh dengan dugaan dan kesusahan.....diakhirat pula disiksa Allah dalam Api Neraka.....

Oleh itu demi mengelak dari hinaan Allah...kita perlu khusyuk dalam ibadat kita terutama sembahyang kerana sembahyang itu tiang agama....

Checklist Takwa # 17 : KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Firman-Nya lagi “ Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Firman Allah lagi yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang" . serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".

Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu upaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik, berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya . Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi , menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu, perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia jugamembuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyuk yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT..... Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang...... Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan munjat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Resolution : Kesimpulannya ...... orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apa saja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud: "Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Rujukan : Intisari Ihya' Ulumuddin.....Iman Al-Ghazali

Atuk harap dengan sedikit panduan diatas kita boleh amalkan agar amalan kita diterima oleh Allah dan kita tidak dihina olehnya....Insyallah.

Ok atuk berhenti disini dulu......insyallah kita berjumpa lagi.......

Assalamulaikum

Free Java Chat Room